04
Ogo
09

MERDEKA TULEN: PAS DARI KANAN KE KIRI

Siri 6 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

Peralihan kepemimpinan PAS daripada Tuan Haji Ahmad Fuad, seorang penyokong Dato’ Onn kepada Dr Haji Abbas Alias, bekas ahli KMM telah mengubah sikap politik PAS dalam memperjuangkan kemerdekaan. Sebelum ini PAS mengambil langkah-langkah politik yang berbentuk kerjasama dengan British iaitu melalui rundingan. Penyertaan PAS dalam National Conference, National Convention dan Persidangan Pertubuhan-pertubuhan Melayu menunjukkan PAS mengambil sikap bekerjasama atau berundingan dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Apabila Dr Haji Abbas Alias mengetuai PAS pada November 1953, PAS mulai memperlihatkan satu sikap yang lebih tegas dalam soal kemerdekaan. PAS tidak lagi bertolak ansur, lebih-lebih lagi apabila beberapa pandangan PAS berkaitan persiapan kemerdekaan ditolak oleh Umno dan National Convention. PAS mengambil sikap untuk tidak lagi bekerjasama dengan British dalam menuntut kemerdekaan yang berasaskan Islam.

Selepas keluar daripada National Conference pimpinan Dato’ Onn pada 26 September 1953, PAS cuba menyampaikan mesej merdekanya melalui National Convention pimpinan Tunku Abdul Rahman, tetapi ternyata gagal. Sikap Umno yang terlalu bertolak ansur dengan bangsa asing sehingga menjejaskan kepentingan orang Melayu Islam. PAS yang keluar daripada National Convention pada 25 Disember 1953 walau bagaimanapun mengambil sikap akan terus membuat kerjasama politik untuk “kemerdekaan Malaya”.
Terus membaca ‘MERDEKA TULEN: PAS DARI KANAN KE KIRI’

28
Jul
09

GERAKAN KEMERDEKAAN PAS: BERMULA DARI KANAN

Siri 5 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

“Kitalah pemuda-pemuda (PAS) yang akan tampil ke hadapan memikul tanggungjawab yang berat itu. Kilah pemuda yang akan sanggup memberikan darah dan tulangnya untuk memperjuangkan kemerdekaan negara kita ini” .

Selepas setahun ditubuhkan, PAS telah mengambil langkah-langkah penting untuk menggerakkan kemerdekaan tanpa menghiraukan Umno yang dikatakan menjadi ‘induk’ kepada PAS. Sebenarnya Umno sendiri menolak PAS sebagai sebahagian daripada Umno ketika PAS bersidang di Bagan Tuan Kecil pada 24 November 1951 . Cuma ketika perbahasan tentang disiplin ahli PAS, dipersetujukan supaya ahli PAS dibenarkan untuk menganggotai parti lain. Desakan ini berpunca daripada beberapa ulamak yang menjadi Jawatankuasa Agung Umno hendak dilantik sebagai Jawatankuasa Agung PAS, tetapi pada 1954, ahli PAS tidak lagi dibenarkan menjadi ahli parti lain. Terus membaca ‘GERAKAN KEMERDEKAAN PAS: BERMULA DARI KANAN’

21
Jul
09

PENUBUHAN PAS: MUSLIHAT MERDEKA

Siri 4 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

“Kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belum lagi bererti tercapainya cita-cita PAS dan belumlah dihitungkan telah merdeka dengan sepenuhnya, melainkan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada seseorang, masyarakat dan negara barulah tercapai kemerdekaan yang dicita-citakan oleh PAS” .

Penubuhan PAS yang berlaku pada 23 Ogos 1951 di dalam persidangan ulamak yang dianjurkan oleh Umno bukanlah suatu yang aneh. Pertama, kerana para ulamak yang sekian lama berjuang untuk menegakkan kemerdekaan terpaksa memasuki Bahagian Agama Umno sebagai satu-satunya wasilah untuk mereka bergerak selepas lumpuhnya Hizbul Muslimin pada Julai 1948. Kedua, Terus membaca ‘PENUBUHAN PAS: MUSLIHAT MERDEKA’

14
Jul
09

JIHAD ULAMAK KE ATAS PENJAJAH: ASAL MULA PERJUANGAN PAS?

Siri 3 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

Para sarjana yang mengkaji tentang PAS kebanyakkannya mengatakan asal mula atau origin perjuangan PAS ialah kemunculan gerakan reformis Islam yang ditandai oleh penerbitan al-Imam pada 1906. Tulisan ini tidak bertujuan untuk menolak pandangan para sarjana terdahulu, tetapi cuba untuk melihat lebih jauh kepada asal mula perjuangan ulamak yang akhirnya melahirkan PAS sebagai satu najitah perjuangan yang lebih tersusun dan jelas matlamatnya. PAS bukanlah satu organisasi atau parti yang muncul secara tiba-tiba atau parti reaktif seperti Umno, tetapi merupakan lanjutan kepada kesedaran para ulamak untuk mempertahankan kemerdekaan negara semenjak 450 dahulu. Ulamak yang memahami tabiat perjuangan Islam telah awal-awal lagi bangkit untuk menyekat gerakan penjajah di mana-mana sahaja.

Di Tanah Melayu, perjuangan para ulamak itu bermula semenjak usaha mempertahankan Melaka kemudian berterusan hingga Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641. Tetapi hal ini tidak dirakamkan secara meluas dan objektif dalam catatan sejarah negara. Terus membaca ‘JIHAD ULAMAK KE ATAS PENJAJAH: ASAL MULA PERJUANGAN PAS?’

07
Jul
09

ISLAM DAN NASIONALISME: PEMIKIRAN DI ALAM MELAYU

Siri 2 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

Perjuangan kemerdekaan sering kali dikaitkan dengan kesedaran nasionalisme – satu pemikiran yang tidak pernah timbul di alam Melayu sebelum kejatuhan Othmaniyah pada 1924. Memang diakui bahawa para ulamak, khususnya ulamak Pattani banyak bercakap soal kedaulatan orang Jawi atau Melayu semenjak 1830-an, tetapi agenda mereka bukan membina semangat kebangsaan Melayu atau nasionalisme Melayu, tetapi mengembalikan kedaulatan umat Islam di Nusantara yang ketika itu diwakili oleh orang Melayu. Melayu adalah Islam – itulah pemikiran yang telah lama berakar umbi dalam kerangka pemikiran orang Melayu sendiri. Atas asas ini para ulamak membangkitkan soal hak dan ketuanan Melayu dalam menghalau penjajah. Tetapi tidak bermakna sama sekali bahawa para ulamak mahukan orang Melayu menjadi satu bangsa yang tersendiri dan kebanggaan terhadap kebangsaannya. Ini ternyata apabila para ulamak mahukan orang-orang Melayu yang merdeka menjadi sebahagian daripada rakyat atau warga Othmaniyah yang diikat oleh sempadan aqidah – bukan sempadan negara-bangsa (nation-state).

Jika diteliti karya-karya ulamak tentang kehidupan bernegara, mereka membincangkan tentang tanggungjawab para pemerintah dalam karya-karya besar seperti Bustanus Salatin atau Tajus Salatin untuk menunjukkan bagaimana ketuanan Melayu harus tunduk kepada atauran yang dibuat oleh Khaliknya. Cuma, yang berbeza, karya-karya zaman Acheh dan Johor-Riau pada abad ke-17 memberikan penekanan kepada pertanggungjawaban pemerintah dan tidak menyentuh langsung tentang kewajipan menegakkan negara Islam. Ya! Sudah pasti ketika itu para ulamak mempunyai kefahaman bahawa sama ada kerajaan-kerajaan Melayu di Acheh atau Johor-Riau dan lain-lain semuanya adalah kerajaan Islam yang telah tunduk kepada hukum Allah, setidak-tidaknya para ulamak menerima kedudukan Othmaniyah di Istanbul atau Mughal di Delhi sebagai Khilafah Islam yang kerajaan-kerajaan Melayu bernaung di bawahnya. Maka ungkapan-ungkapan akademik mereka tentang soal kenegaraan memenuhi keperluan zaman Islam memerintah.

Terus membaca ‘ISLAM DAN NASIONALISME: PEMIKIRAN DI ALAM MELAYU’

30
Jun
09

PAS DAN KEMERDEKAAN NEGARA

Siri 1 SOROTAN SEJARAH PAS DAN KEMERDEKAAN

Oleh : MOHD FADLI GHANI
Pengarah Arkib dan Perpustakaan Yusof Rawa

PENGENALAN

“Berapakah jiwa yang telah melayang di Filipina (kerana) menentang angkara Sepanyol, di Jawa, di Sumatera dan Celebes (Sulawesi) dengan Belanda. Begitu juga keadaan di Semenanjung (Tanah Melayu) kerana mempertahankan kehormatan dan rasa jiwa kebangsaan dan kemerdekaan bangsa dan nusa, tak mahu dan tak reda diperkosa dan diperhambakan”.
(Burhanuddin al-Helmy, Perjuangan Kita, 1980: 35)

Perjuangan kemerdekaan sering kali menjadi ‘milik’ Umno dan aristokrat Melayu yang pro-Barat. Nama-nama seperti Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Dato’ Hamzah, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan yang seangkatan dengannya sering dikenang sebagai pejuang kemerdekaan. Kekaburan sejarah atau wujudnya ‘hidden history’ dalam memahami gerakan kemerdekaan di Tanah Melayu banyak dicernakan oleh kegiatan jenayah akademik yang dilakukan oleh ‘sarjana dalam istana’ yang menulis untuk menggambarkan segala-galanya adalah hasil penat lelah perjuangan Umno. Walhal, sebelum kelahiran Umno pada 1946, ratusan nyawa telah syahid kerana mempertahan dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Mereka mengambil sikap untuk tidak bersekongkol dengan bangsa yang menjajah dan mahu penjajah menyerahkan kembali ketuanan umat Islam kepada orang Melayu. Umno yang muncul pada penghujung cerita, telah mengambil pendekatan yang cabul, berkerjasama dengan British, berada di meja rundingan dengan menyetujui kemerdekaan tanpa daulat!

Terus membaca ‘PAS DAN KEMERDEKAAN NEGARA’

26
Jun
09

Kisah Babi dan selsemanya

H Fansuri

Mutakhir ini, virus H1N1 menyerang. Selepas selesema burung menyerang kita, kini negara diserang selesema babi. Barat memanggilnya ’swine flu’, bukan ‘pig flu’.

Sebelum ini, kita pernah dengar virus J.E. Baik ’swine flu’ dan J.E, kedua-dua virus ini bermuara dari asal-usul keturunan dan susur-galur silsilah yang sama; babi.

Bahasa yang lebih lunak ialah khinzir. Ada riwayat menyebutkan bahawa ketika bahtera Nabi Nuh telah penuh dengan kekotoron najis yang dilemparkan musuh-musuhnya, ketika itu muncul haiwan babi yang dikatakan, kononnya telah memakan segala timbunan najis-najis itu.

Pada suatu hari, Terus membaca ‘Kisah Babi dan selsemanya’

26
Mac
08

Towards a real democracy

Tricia Yeoh

The stronghold that was BN for 50 years was considered invincible and immutably guarded. But as the walls of Trojan have taught, it is the resolute movement of the people, silent but sure, that breaks down fixtures seemingly permanently in place.

Calls for change resounded across the country. The results of Malaysia’s 12th general election speak for themselves, resulting in the governance of five states (Kelantan, Kedah, Penang, Perak and Selangor) gained by non-Barisan Nasional (BN) coalitions and two-thirds majority lost by BN at Parliament level.

Terus membaca ‘Towards a real democracy’

26
Mac
08

Making sense of the political tsunami

Ong Kian Ming

As Malaysians go back to work yesterday, the historic results of the 12th general election are beginning to sink in slowly.

Before the results were announced on Saturday, many people were discussing the possibility of this election being similar to the 1986 general elections where the non-Malay vote swung against Barisan Nasional and the DAP had its best performance where it won 24 out of a possible 172 parliamentary seats.

But it is more apt to compare this election to the last time the BN lost the popular vote in Peninsular Malaysia and failed to capture a two-thirds majority in parliament for what was the first and only time in Malaysia’s electoral history, up until now. That was in 1969.

Terus membaca ‘Making sense of the political tsunami’

26
Mac
08

Election post-mortem: Top 10 factors

Bridget Welsh

Few expected that the wave of protest would snowball into the record losses for the Barisan National. My own analysis was the gains would be at maximum 70 seats and two state governments, not the record five state governments and 82 seats for the opposition.

While the ground swell of disgruntlement was there, concerns about electoral fairness and persistent patterns of ethnic voting dampened the optimism, even among the opposition. Yet, the record breaking losses for the BN have created a fundamental rupture in Malaysian politics.

Based on following the campaign and the generosity of ordinary people and political elites sharing their views, here are my top 10 reasons for the outcome:

1. Reformasi spirit lives on

The BN severely miscalculated in its assessment of the Malaysian electorate. In 2004, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi embraced the reform agenda that catapulted into the electoral agenda in the 1999 election.

The fight against corruption, increased transparency, and, most important, better governance underscored his 2004 campaign. Recall the advertisements for a more effective civil service, and the focus on building on his ‘Mr Clean’ persona.

Coupled with Abdullah’s affable personal style and the groundswell of goodwill, Malaysians embraced his leadership, giving him then a record mandate. But the mandate was not just about Abdullah the man, it was also about the issues that he used to get himself and the BN elected.

The 2004 campaign was filled with promises of reform of the police to address crime and pledges to reduce corruption. Not only were these promises not fulfilled, the problems have been seen to deepen during his tenure as reform efforts were abandoned and anti-corruption efforts were selectively applied.

Terus membaca ‘Election post-mortem: Top 10 factors’




Campaign

Laman

kategori

Arkib

 

Disember 2009
I S R K J S A
« Ogo    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031